Jumaat, 16 Disember 2011

NOVEL KESUSASTERAAN MELAYU TINGKATAN LIMA DARI LEMBAH KE PUNCAK KARYA GHAZALI LATEH



A. TEMA DAN PERSOALAN
Mengisahkan tentang kegigihan dan kecekalan seorang anak muda bernama Jalil yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah bagi mendapatkan kembali hak milik tanah pusaka ayahnya yang telah dijual oleh ibunya.
Jalil tidak mahu ikut berpindah ke Guar Chempedak kerana baginya meninggalkan kampung Bukit Nibung seperti juga membelakangkan amanah arwah ayahnya iaitu Pak Teh. Hanya dia sahaja yang tahu hasrat arwah ayahnya itu.
Kecekalan Jalil diuji lagi dengan tindakan emaknya yang menggadai tanah pusaka tinggalan arwah suaminya tanpa memberitahu Jalil akibat malu dengan tindakan Muhsin yang telah dituduh melarikan Biah anak jirannya ke Kuala Lumpur. Pelbagai kesusahan dan cabaran yang dilalui oleh Jalil sehingga dia akhirnya merantau ke Kuala Lumpur dan di situlah nasibnya berubah sehingga menjadi seorang pemuda yang berjaya dan akhirnya dapat menebus kembali tanah pusaka ayahnya dan membuat pelbagai pembaharuan dan kemajuan di kampungnya.

B. PERSOALAN
1) Karenah birokrasi
Contoh: “.........Karenah birokrasi yang serius menjadikan orang tua yang daif itu mangsa keadaan.” (Halaman 5)
2) Sumbang mahram
          Contoh:”......Patutlah dia mengambil tindakan nekad untuk melarikan diri dahulu.”
(Halaman 269)
3) Amalan bergotong-royong dalam masyarakat
          Contoh:”........Selepas itu,kerja-kerja melapah dan menyiang daging akan dilakukan
secara bergotong-royong.”
4) Kepentingan menuntut ilmu dalam hidup
          Contoh:”.....Jalil tidak pernah mendapat nombor lain selain nombor satu.”
5) Kepercayaan terhadap perkara yang bertentangan dengan agama
Contoh:”......Dia terlalu percaya dengan bomoh...” (Halaman 14)
6) Sikap kreatif dan inovatif dalam hidup
Contoh:”Jalil kreatif dan inovatif dalam mencipta peluang untuk memajukan diri......”
7) Kerajinan dalam melakukan sesuatu perkara
Contoh:”............Jalil bertungkus lumus membersihkan kawasan sawahnya dan mula
menanam anak-anak benih padi........”


8) Perasaan cinta dan kesetiaan dalam perhubungan
Contoh:”.........Penampilan Latifah kali ini amat mendorong Jalil untuk berfikir kembali
tentang jodoh dan pertemuan.......” (Halaman 266-267)
9) Sifat perikemanusiaan dan baik hati kepada orang lain
Contoh:”..........Jeo yang sanggup menerima Jalil seperti saudara sendiri........”
10) Sikap mementingkan diri sendiri
Contoh:”.......Mak Teh menggadai tanah pusaka tinggaln arwah suaminya tanpa
memberitahu Jalil......” (Halaman 28)
11) Perasaan dengki dan menindas golongan yang lemah
Contoh:”.......Kudin yang tanpa belas kasihan menaburkan kaca-kaca di tapak semaian
Jalil......” (Halaman 134)
12) Keyakinan dan keazaman dalam melakukan sesuatu pekerjaan
Contoh:”........Jalil berjaya mengembangkan perniagaannya sehingga dikenali ramai dan
dapat mengubah nasib......” (halaman 318)
13) Pilih kasih seorang ibu terhadap anak-anak
Contoh:”.........Mak Teh yang melebihkan Muhsin daripada Jalil.”

C. LATAR
-terbahagi kepada tiga,iaitu:
1)Latar tempat
2)Latar masa
3)Latar masyarakat

LATAR TEMPAT
a) Kampung Bukit Nibung
 -merupakan tempat kelahiran Jalil
 -tempat Jalil dibesarkan
           -telah berubah wajah apabila Jalil mengambil keputusan untuk membina sebuah  
           taman tema di kampungnya

b) tapak rumah Jalil
-mendirikan sebuah pondok di atastapak rumah yang dirobohkan setelah tanah pusaka  
 itu dijual oleh Mak Teh kerana mahu berpindah
 -banyak peristiwa telah berlaku dan Jalil terpaksa meneruskan perjuangannya seorang  
 diri dalam mempertahankan maruah dan kehidupan.

c) sawah Pak Teh
-banyak peristiwa penting telah berlaku di tanah sawah peninggalan Pak Teh, iaitu
peristiwa Pak Teh cuba menyerang Ah Tong.

d) Pasar Budaya, Kuala Lumpur
-tempat Jalil mula bertapak di Kuala Lumpur apabila dia telah berjumpa dengan Joe dan
bekerja di gerai lukisan milik abang Joe.



LATAR MASA

-Bermula pada tahun 1970-an

-waktu pagi>Jalil sedang menaiki basikal tuanya untuk ke sekolah pada setiap pagi dan Latifah
        ingin menumpangi basikal Jalil setelah dia ketinggalan bas sekolah

-waktu petang>Jalil sering mengerjakan sawahnya pada waktu petang

-waktu senja>Jalil membakar pondoknya pada waktu senja dan meninggalkan halamannya
untuk membawa diri ke Kuala Lumpur

-waktu malam>banyak memaparkan peristiwa penting seperti peristiwa Mak Teh dan Pak Long
Ayob diserang oleh Pak Ngah Kadir mereka bertanding untuk berunding untuk
perkara yang berkaitan dengan Biah dan Muhsin

        >peristiwa seterusnya ialah mesyuarat untuk mengusir Jalil juga diadakan pada  
          waktu malam dan Jalil agak ketakutan ketika melalui jalan di hadapan     
          rumahnya.


LATAR MASYARAKAT


a) Masyarakat kampung pendalaman yang masih bergantung hidup pada sektor pertanian.
          contoh: Kebanyakan penduduk kampung Jalil menanam padi untuk menyara kehidupan
mereka.Selain itu, ada juga yang menoreh getah sebagai sumber pendapatan  
mereka.

b) Masyarakat yang mudah terpengaruh dengan khabar angin
          contoh: Berita kehilangan Biah yang dikatakan ada kaitan dengan Muhsin, mereka mula
menyebarkan khabar angin itu ke seluruh kampung tersebut.

c) Masyarakat yang pendendam
contoh: Kudin amat berdendam dengan Jalil hingga sanggup melakukan apa sahaja
 untuk menyusahkan dan merosakkan kehidupan Jalil seperti menabur kaca di 
 tapak semaian benih padi sehingga menyebabkan Jalil mengalami luka parah  
 ketika ingin mengubah anak padi.



d) Masyarakat generasi muda yang pandai menggunakan peluang untuk memajukan diri dan  
    juga kehidupan
          contoh: Jalil dikatakan seorang pemuda yang bijak dengan memberikan buah fikiran
 yang amat bernas tentang perniagaan lukisan Joe sehingga dia berjaya
 membekalkan lukisan-lukisannya ke hotel-hotel di Kuala Lumpur.


D. GAYA BAHASA

a) Personafikasi-contoh: angin yang mencuri, malam merangkak tiba
b) Hiperbola-contoh: seribu kekurangan, seribu persoalan
c) Bahasa Arab-contoh: Insya-Allah, Alhamdulillah
d) Simile-contoh: tidak ubah seperti kerbau mandi, berita itu bagaikan bom yang besar
e) Inversi-contoh: sampai hampir (hampir sampai), panik amat (amat panik)
f) Sinkof-contoh: nak (hendak), tak (tidak)
g) Simpulan  bahasa-contoh: bagaikan cacing kepanasan, lurus bendul
h) Anafora-contoh: benar-benar, dia
i) Metafora-contoh: manis mulut, puas hati
j) Ayat pendek-contoh: tidak,apa
k) Bahasa Asing-contoh: omong kosong

E. NILAI DAN PENGAJARAN
# Janganlah kita mudah berputus asa
-Jalil tetap berusaha untuk menuntut semula tanah pusaka arwah ayahnya yang telah dijual oleh emaknya sendiri.
# Kita janganlah menindas golongan yang lemah
-Sebagai seorang yang disegani dan berpengaruh di kampung, PakLang Ali seharusnya membantu keluarga Jalil bagi meringankan beban dalam hidup mereka namun Pak Lang Ali telah menindas keluarga Jalil dengan membenci serta menindas keluarganya malah ingin menghalau Jalil dari kampung.
# Hendaklah kita membantu golongan yang memerlukan
-Ah Bee yang sering membenarkan Jalil mengambil barang-barang di kedainya dengan harga yang murah dan adakalanya dia sengaja memberi makanan dan barang-barang keperluan lain kepada Jalil.
# Kita haruslah menyelidik dahulu punca masalah sebelum membuat keputusan
-Sikap masyarakat kampung yang telah menuduh Muhsin melarikan Biah ke Kuala Lumpur.
# Janganlah jadkan kemiskinan sebagai penghalang untuk berjaya
-Jalil menjadikan kemiskinannya sebagai pembakar semangat kepadanya untuk terus berjaya dan kembali kepada kampungnya dengan menjadi seorang yang berjaya.
# Hendaklah kita tidak memungkiri janji
-Pak Amat memperlihatkan ketidakjujurannya dalam perjanjiannya sewaktu Jalil berbincang untuk menebus kembali tanahnya iaitu daripada tawaran berjumlah RM10 ribu kepada RM50 ribu.